REVIEW : Helpful Delightful Multiple Repair Hair Serum ( Good Virtues Co )

Hi guys! Wow lama tak main blog. Harini puasa yang ke 14 dah aokmer,still boleh kot ucap selamat berpuasa hehe. Okay la straight to the main point,aku nak bagi review tentang hair serum by Good Virtues Co ni. Aku beli serum ni after tengok review ramai orang mengatakan produk ni bagus,so aku macam biasa la memandangkan rambut aku pun makin teruk gugur then aku beli la serum ni untuk try. Aku beli 5 May 2019 dan harini 18 May 2019 so cukup 13 hari aku guna. Still tak tau produk mana satu? Nah gambar


Ni la produk serum tu. Ni cara aku guna la ye,aku guna waktu malam je sebelum tidur dan selepas mandi. Sebelum tidur aku memang wajib akan mandi dulu walaupun petang tu aku dah mandi,memang dah habit aku macam tu. So lepas mandi aku just bagi rambut aku half kering je,lembab-lembab lagi then aku apply serum ni sampai kena kulit kepala. Bila dah settle bagi rata kat rambut dan kulit kepala,aku keringkan betul-betul. Rasa sejuk je kepala. By the way aku tak guna hair dryer,aku guna kipas. Hair dryer ni actually bukan elok kalau guna hari-hari,rambut jadi rapuh sebab tu la aku guna kipas je. Lagi satu,aku tak guna shampoo dia. Aku guna Loreal Total Repair,conditioner pun sama.

So result harini aku nak bagi ialahhhhhhhhh produk ni memang perfect!

BAU
Tersangatlah wangi. Dia macam bau minyak Zam-Zam warna hijau dulu-dulu tu tapi ni lagi wangi dan tak berbau tengik. Boleh masuk la dengan hidung aku bau dia tu. Kalau kau jenis tak suka bau-bauan memang tak boleh on la kot sebab setitik pun dah bau semerbak

TEKSTUR
Pekat tapi tak melekit. Selesa la bila sapu kat tangan.

PACKAGING
Super cute oh my god! Bukan sekadar cute kat kotak tapi kat botol sebenar pun sama cute. Banyak produk sekarang ni kotak comel tapi item tu sendiri corak pun tak ada. Apa ingat kami nak simpan kotak? LOL. Tapi kelemahan dia,tempat picit atas tu tak ada lock. So kalau nak bawak travel make sure masukkan ke dalam bekas lain yang kemas sebab nanti habis tumpah dalam beg.

HARGA
Part ni aku macam terkesima sikit sebab selalunya semua produk pantang ada perkataan “serum” confirm mahal atas RM25 tapi yang ni dengan moda RM15 pun dah dapat. Berbaloi sangatlah rasanya


STOCK
Boleh beli kat watson/guardian/farmasi yes farmasi biasa jual ubat tu pun ada produk ni. Supermarket macam aeon,TMG Mall pun ada. Senang cerita memang mudah dapat barang Good Virtues Co cuma specific item ni tak tau la mudah dapat ke tak sebab masa aku beli tu pun tinggal 2 kotak je

That’s all my review today. So boleh yang mana ada masalah rambut gugur tu try. Good luck! ^^

Comments